subscriptions refresh subscribe private
About this Entry
Posted by: PrinceAlpha

Visit PrinceAlpha's Xanga Site

Original: 5/8/2007 3:36 AM
Views: 119
Comments: 2
eProps: 2

Read Comments
Post a Comment
Back to Your Xanga Site


Who gave the eProps?
2 eProps!2 eProps! 2 eProps from:
che_key

0 eProps - d'oh! 0 eProps from:
spauldingttt


Tuesday, May 08, 2007

Selangkah Ke Menara Gading

    

Semega Fasa I

Hari Ke-1


Selepas pulang dari sembahyang jumaat, saya menunggu di perkarangan medan ilmu dalam jam 2 setengah untuk menanti peserta “Program Selangkah Ke Menara Gading”. Sudah ada dua buah sekolah yang tiba dan masih terdapat dua lagi sekolah yang akan mendaftar. Sempat saya bergurau senda dengan ahli AJK Penginapan, AJK Urusetia serta AJK Jamuan yang juga sedang menunggu ketibaan para peserta.

  




 








Hampir jam 4 petang, barulah sebuah bas tiba, saya dapat lihat semua AJK bergegas dan bersedia untuk menanti mereka. Saya bergegas pergi kepada bas tersebut untuk mengambil gambar-gambar peserta yang baru tiba. Saya bukanlah jurugambar program tetapi merupakan AJK Protokol. Walaubagaimanapun oleh kerana saya telah ditugaskan untuk menyiapkan “Slide Show” program untuk majlis perasmian, saya berusaha untuk mengambil gambar yang paling menarik. Selepas peserta mendaftar dan minum petang, mereka bergerak ke arah Bangunan Jakmas yang berhadapan dengan bangunan pendaftaran. Peserta yang sudah tiba terlebih awal juga sudah tiba untuk mendengar taklimat daripada AJK-AJK yang lain. Saya berasa kasihan kepada mereka yang baharu sahaja tiba ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk menukar pakaian terlebih dahulu.

 

 




















Selepas tamat upacara pendaftaran, peserta pulang ke bilik masing-masing bersiap untuk aktiviti LDK pada malam tersebut. Hanya pada jam 5 barulah sekolah yang terakhir tiba. Malam itu, program dijalankan di dalam Dewan Canselor. Saya ditugaskan untuk menjadi fasilitator untuk kumpulan 21 bersama fasilitator Nurmalina. Tugas seorang fasilitator sangat menyeronokkan. Para peserta kumpulan 21 sangat member kerjasama kepada kami dan segala aktiviti berjalan lancar. Saya meminta maaf kepada peserta kumpulan 21 kerana saya tidak dapat mengingati nama kesemua ahli kumpulan 21. Cuma nama-nama seperti Man yang Cool (satu-satunya lelaki), Su yang nakal / boleh memimpin, Farsiha dan Tracy sahaja yang boleh saya ingat pada saat ini. Semasa membuat aktiviti “Ice-Breaking”, saya agak terkejut kerana terdapat ramai peserta yang agak comel (saiz) dan terdapat ramai peserta yang berada di tingkatan 6 atas lebih rendah (ketinggian) daripada adik saya yang sedang belajar di tingkatan 4. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk menjadikan aktiviti tersebut seceria mungkin.

 



Hari Ke-2   

 

Awal pagi kedua terdapat kuliah subuh seawal jam 4.30 pagi dan diikuti aktiviti riadah. Saya tidak sempat mengikuti kedua-duanya kerana terlalu sibuk dengan urusan “Slide-Show”. Pada jam 8 pagi, peserta bertolak ke Dewan Kuliah Pusat 1 untuk mengikuti ceramah yang bertajuk “Selangkah ke Menara Gading” disampaikan oleh pensyarah Hubungan Antarabangsa. Ceramah yang disampaikan beliau sangat menarik dan saya mendengarnya hingga tamat walaupun ia bukan ditujukan kepada saya. Aktiviti diteruskan dengan aktiviti LDK kedua yang bertujuan untuk menerangkan peserta lebih lanjut mengenai kehidupan, masalah, sosial dan lain-lain di  Universiti Malaysia Sabah. Ahli kumpulan 21 banyak bertanya soalan kepada saya dan Nurmalina dan kami berjaya menjawab semua soalan dengan lengkap.

 

Aktiviti selepas itu merupakan forum mengenai masalah-masalah, perubahan kehidupan, serta budaya sosial di Universiti Malaysia Sabah.  Semua ahli panel sangat memuaskan dan saya dapat rasakan mesej yang ingin disampaikan berjaya diterima oleh peserta.  Aktiviti diteruskan dengan latihan malam kebudayaan. Walaupun terdapat AJK lain yang bertugas untuk membantu kumpulan  besar 4 (gabungan kumpulan 21-25), saya dengan tanpa rasa malunya mengambil alih kuasa dan membantu kumpulan tersebut. Kumpulan 4 memilih untuk melakonkan skestsa mengenai Ali Baba. Saya berusaha untuk membantu mereka kerana mereka ini tidak mempunyai pengalaman dalam hal-hal sebegini.

 

Malam Kebudayaan yang diadakan pada malam itu berjalan lancar. Kumpulan 1 juga melakonkan sebuah sketsa komedi parodi  mengenai “Puteri Gunung Ledang”. Sketsa ini agak panjang dan semua pelakonnya sangat bersemangat. Kumpulan 2 melakonkan sketsa mengenai Berita Ringkas di televisyen. Kumpulan 3 menyanyikan beberapa buah lagu. Akhir sekali, kumpulan 4 naik ke atas pentas, saya sangat berharap mereka tidak memalukan diri sendiri dan mereka berjaya. Walaupun tidak sempurna, saya sangat berbangga dengan mereka. Selepas majlis penyampaian hadiah, peserta pulang ke Kolej Kediaman dan berehat.

 









Hari Ke-3

 

Sekali lagi, saya tidak menghadiri kuliah subuh dan riadah. Saya sangat sibuk mengedit slide show perasmian untuk upacara pada tengah hari itu. Hari ini merupakan hari yang agak mendebarkan kerana AJK Protokol terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan upacara perasmian berjalan lancar. Ini adalah kerana upacara perasmian dihadiri oleh Naib Canselor dan VVIP.

 

Saya berasa agak terkilan kerana Slide Show yang telah saya siapkan separuh mati mengalami sedikit kerosakan. Kemungkinan Slide Show itu untuk ditolak adalah sangat tinggi dan oleh itu saya berasa sangat kecewa. Oleh sebab pengarah bertimbang rasa, slideshow saya ditayangkan juga walaupun terdapat sedikit masalah. Selepas Naib Canselor merasmikan majlis dengan memukil gong, Slide Show saya ditayangkan. Saya berasa agak terharu kerana para peserta dan fasilitator menyukai slide show itu.

Dengan tamatnya majlis perasmian tersebut, tamat jugalah program “Selangkah ke Menara Gading” Fasa I. Peserta kemudiannya menaiki bas untuk pulang ke sekolah masing-masing. Saya berasa agak sedih semasa keberangkatan mereka. Walaupun cuma beberapa hari bersama mereka, saya dapat merasakan hubungan yang terjalin agak erat. Sebelum mereka pulang, saya sempat bergambar dengan beberapa peserta. Saya berharap gambar ini mereka upload di laman web mereka supaya saya dapat melihat. Sekian sahaja laporan program “SELANGKAH KE MENARA GADING”. Saya jurugambar anda merangkap Timb. Pengarah Protokol, Raja Hafify Bin Zaed, Abang L yang Hebat. Jumpa lagi.

 

 

 

 

 

             
 Posted 5/8/2007 3:36 AM - 119 Views - 2 eProps - 2 comments

Give eProps or Post a Comment

2 Comments

Visit che_key's Xanga Site!
Hahahhahaha..... bgs gk ko join menatang ni... spatutnya aku yg ada dlm list..
xpa2.. aku harap pengalaman yg ko dpt 2 dpt ko gna pakai dlm lain2 xtiviti lah.. gdluck in everything... =)
Posted 5/10/2007 12:17 AM by che_key - reply

Visit spauldingttt's Xanga Site!

writing in full bm? jarang tgk org bwat cmni, with all the tatabahasa and stuff. good. martabatkan bahasa. *but even i myself arent using bm?* haha

neway, that particular post you commented on, is only for me to know and for you to find out. :)

Posted 5/18/2007 8:06 AM by spauldingttt - reply


Choose Identity
(?)
 
Give eProps (?)
Post a Comment
Add Link | Preview HTML comment help 
Profile Pic:
Default  |  Choose »  (?)



Back to PrinceAlpha's Xanga Site!
Note: your comment will appear in PrinceAlpha's local time zone:
GMT -05:00 (Eastern Standard - US, Canada)
<bgsound src="http://audio.xanga.com/PrinceAlpha/ea363264968/audio.html" loop="infinite">